Ketahui Sebab Isteri Anda Selalu Marah-Marah..Para Suami Wajib Ambil Tahu

 

 

 

KELUARGA

Ketahui Sebab Isteri Anda Selalu Marah-Marah

 

 

Pernah sekali jam 3.30 pagi semasa berhenti rehat di RNR terjumpa seorang kakak. Beliau sedih dan sebak, beliau bercerita;

“Ustaz, saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer. 24jam asyik marah jer dan menjerit. Marah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.”

Saya sedih sebab wanita yang baik selalu mengadu begini. Bila saya dengar begini saya faham dia salah tetapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya. Saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah, kasihan anak-anak mereka.
Saya bertanya;“

Mana suami puan?”“

Ada di belakang tu.”

Pernahsekali jam 3.30 pagi semasa berhenti rehat di RNR terjumpa seorang kakak. Beliau sedih dan sebak, beliau bercerita;

“Ustaz, saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer. 24jam asyik marah jer dan menjerit. Marah dan pukul anak-anak. Lepas tu saya rasa bersalah.”

Saya sedih sebab wanita yang baik selalu mengadu begini. Bila saya dengar begini saya faham dia salah tetapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya. Saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah, kasihan anak-anak mereka.
Saya bertanya;

“Mana suami puan?”

“Ada di belakang tu.”

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Suaminya datang salam saya. Suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tidak biasa orang cium tangan saya. Saya bersuara;

“Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.”

Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua;

“Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini.”

Sunnah membawa bahagia. Rasul S.A.W yang amat kita cintai teramat menghargai wanita dan melayan mereka dengan baik.

Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit, kepala bersandar dan kata;

“Ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.”

Mandi bersama isteri. Ambil masa berdua-duaan. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.

Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita.

Masa itu kita bantu buat kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas.

Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kasih sudi terima abang yang tiada apa-apa. Terima kasih jadi isteri abang yang setia.

Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. Al-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga. Baca dengan cinta dan sayang.

Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita, dengar dengan cinta dan perasaan.

Dengan sepenuh jiwa, pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.

Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari. Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Kasihan ramai isteri jadi over stress, sakit jiwa. Sakit, kurus dan ditimpa pelbagai penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.

Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga. Allah reda dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke.

Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi S.A.W. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.

Abang tu berkata;

Terima kasih ustaz, syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kasih.”

Saya berkata;

“Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia. Allah jaga orang jaga agama.”

Sumber: tazkirah.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *