Atasi Masalah Buasir Dengan 4 Bahan Ini! Cegah Sebelum Terlambat

Terdapat banyak penawar untuk mengubati penyakit buasir dan melegakan kesakitan yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Bahan-bahan semula jadi yang biasa digunakan termasuklah herba, campuran sayur dan buah-buahan dan bahan-bahan lain yang mudah didapati di sekeliling kita. Berikut ialah 5 cara cara utama untuk merawat penyakit buasir dan melegakan kesakitan yang menggunakan bahan semula jadi di rumah tanpa sebarang ubatan daripada hospital mahupun penggunaan dadah.

1. Lidah Buaya

Menggunakan lidah buaya ialah salah satu penawar semula jadi di rumah yang ringkas untuk rawatan buasir dalaman dan luaran. Lidah buaya mempunyai sifat terapeutik dan antiradang yang boleh mengurangkan kegatalan , kerengsaan dan keradangan buasir.

Cara 1 (untuk buasir dalaman) :

Ambil daun lidah buaya dan buang durinya. Potong daun menjadi kepingan . Letak kepingan ini di dalam mangkuk dan simpan di dalam peti sejuk untuk seketika. Kemudian , sapu kepingan lidah buaya yang sejuk ini pada tempat yang sakit untuk melegakan daripada rasa panas , gatal-gatal dan sakit. Ulang proses ini selalu

Cara 2 (untuk buasir luaran) :

Ekstrak gel daripada daun lidah buaya. Sapu gel ini pada dubur dan urut perlahan-lahan pada tempat yang sakit untuk beberapa minit. Proses ini boleh membantu anda melegakan sakit dan rasa panas

2. Minyak Badam

Minyak badam mempunyai sifat penyerap tisu dan emolien yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit buasir luaran. Ia boleh membantu untuk melembap dan mengurangkan keradangan serta melegakan rasa panas dan kegatalan pada dubur dan kawasan di sekitarnya.

Cara ( untuk buasir luaran ):

Letakkan beberapa titik minyak badam di dalam mangkuk kecil. Ambil bola kapas/ kain bersih dan rendamkan ke dalam minyak tadi. Sapukan bola kapas/kain bersih tadi pada tempat yang sakit untuk melegakan kesakitan disebabkan buasir. Ulang proses ini untuk beberapa hari

3. Bijian Penuh

Produk bijian penuh mempunyai serat yang baik yang bermanfaat untuk mengurangkan simptom buasir dan pendarahan. Selain itu, serat membantu untuk mencuci sistem gastrousus dan membenarkan usus besar untuk bertindak dengan lebih berkesan serta menghilangkan sembelit. Makanan yang kaya dengan serat berfungsi untuk melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis.

Anda boleh cuba beberapa produk bijian penuh seperti jagung, oat, barli, beras perang dan gandum kuda.
4. Biji Mangga

Menggunakan biji mangga yang besar ialah rawatan yang hebat untuk pendarahan buasir. Bahan-bahan yang diperlukan : Beberapa biji mangga yang sudah masak dan beberapa sudu kecil madu

Cara :

Ambil beberapa biji mangga daripada buah mangga yang telah masak. Letakkan biji ini di tempat teduh untuk mengeringkannya . Proses ini mengambil masa beberapa hari. Apabila biji mangga menjadi kering sepenuhnya, kisarkannya sehingga menjadi serbuk. Simpan serbuk mangga di dalam botol tanpa udara. Campurkan lebih kurang 2 gram serbuk biji mangga dengan sedikit madu. Makan campuran tersebut. Lakukan proses ini untuk selama 1-2 kali sehari

sumber: gayahidupsihat

Sumber:islamituindah.info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *