GEMPAR!!!LIMA DI TAHAN CUBAAN MENYELUDUP DADAH.. TERIMA KASIH ATAS BANTUAN ORANG AWAM

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan lima lelaki sebaik tiba di Lapangan Terbang Sandakan selepas dipercayai membawa dadah dalam empat bagasi pakaian, pagi ini.

Semua suspek ditahan pada jam 11 pagi oleh anggota JKDM bersama polis lapangan terbang dan orang awam.

Difahamkan, ada suspek cuba melarikan diri, namun ditahan semula atas kerjasama anggota keselamatan dan orang awam.
Keadaan kecoh seketika di balai ketibaan dan orang ramai turut merakamkan gambar serta video kejadian sebelum viral di laman sosial.

Bagaimanapun, keadaan terkawal dan lima suspek bersama bagasi yang dipercayai berisi dadah dirampas.

Difahamkan, semua suspek baru tiba dengan penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah JKDM Sabah Datuk Hamzah Sundang ketika dihubungi mengesahkan penangkapan lima suspek itu.

Beliau berkata, sidang media berkaitan tangkapan itu akan dibuat dalam waktu terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *