‘Snow White’ tumpas dimamah peluru

SELEPAS beberapa tahun menjadi penembak hendap dengan tentera pemberontak pro- Russia di timur Ukraine, akhirnya Anastasia Slobodyanyuk Igorevna terbunuh akibat tembakan penembak hendap militan Ukraine, 19 Oktober lalu.

Anastasia, 26, yang menggunakan gelaran ‘Snow White’ menyertai kumpulan pemberontak itu pada 2014 dan dianggap pejuang wanita berani yang ‘berdarah sejuk’ dan bencikan sifat pengecut.

Menurut dnipress.com (Donbass News Agency) penembak hendap yang mungkin satu-satunya wanita dalam militan pemberontak pro-Russia itu ditembak mati di Spartak, wilayah Donetsk. Kumpulan itu yang disokong Russia, menuntut kemerdekaan wilayah Donetsk daripada Ukraine.

Anastasia ialah teman wanita ketua pemberontak Mikhail ‘Givi’ Tolstykh yang terbunuh Februari lalu, akibat bedilan roket

 

Anastasia adalah teman wanita ketua pemberontak Mikhail ‘Givi’ Tolstykh yang terbunuh Februari lalu. – Foto DM

Menurut Daily Mail, jumlah korban tembakan Snow White tidak dapat dipastikan namun militan pro-Ukraoine menyatakan rasa gembira dengan kematiannya.

Melalui Twitter kumpulan itu menulis: “Hari ini di Donbass, Spartak, penembak tepat kami menghapuskan ‘Snow White’, wanita pembunuh, kejam. Givi kini mendapat kembali kekasihnya.”

Anastasia dua kali cedera dalam pertempuran, termasuk ketika pertempuran di lapangan terbang Donetsk dan tirit menyertai perang di Ilovaisk.

Sumber:hmetro.com.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *